Hubungi Kami Segera!

PUSAT BEKAM & PAKAR URUTAN

WANITA MUSLIMAH SEREMBAN 2

553 Jalan Kg Kayu Ara

Mambau 70300 Seremban 2

Negeri Sembilan




PN.NINA :

www.wasap.my/60176811195


"SILA BUAT TEMUJANJI SEBELUM DATANG BAGI MENGELAK KAN PERTINDIHAN SLOT BEKAM...."


Memaparkan catatan dengan label RAWATAN BEKAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAWATAN BEKAM. Papar semua catatan

Jumaat, 4 April 2014

MESIN BEKAM KEPALA TANPA CUKURAN


Mesin bekam ini boleh membekam kepala anda 
TANPA PERLU RAMBUT DICUKUR
Ramai yang tahu akan kelebihan berbekam di  kepala, tapi tak sanggup nak CUKUR kan rambut mereka. Saya mempunyai mesin bekam untuk mereka yang sayangkan rambut mereka di CUKUR kan.


Point bekam dikepala ini paling istimewa. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda bahawa barang siapa berbekam di puncak kepala, maka akan menghilangkan 72 penyakit. Biasanya sebelum berbekam ,saya selalu menerangkan kepada setiap pesakit untuk mencuba bekam kepala.Tapi disebabkan takut kena cukur,kebanyakan pesakit menolak point Nabi ini. Jadi saya ada mesin bekam kepala..anda tak perlu cukur rambut anda.

Antara kelebihan bekam di puncak kepala: 


1) Dapat meningkatkan daya ingatan dan memori.

2)Dapat menajamkan penglihatan dan mengurangkan rabun.

3) Dapat menyembuhkan masalah saka dan sihir

4) Dapat menyembuhkan sihir santau

5) mampu menyembuhkan masalah strok dan angin akmar


Mesin bekam ini boleh membekam kepala anda TANPA PERLU DICUKUR. Tapi bekam tanpa cukur kepala ini hanya boleh dilakukan di premis kedai saya sahaja. Datanglah di Pusat Bekam Seremban2,LOT 553 Kg Kayu Ara,Mambau 70300 Seremban2 Negeri Sembilan 



                         Jurubekam Wanita                 
Call/Whatsapp Pn Nina:  017 6811195  

Jadi yang berminat untuk berbekam dipuncak kepala tanpa membotakkan kepala bolehlah melakukan bekam . Mesin bekam ini agak berat dan sensitif, dan sukar bagi saya untuk mengangkutnya untuk pergi berbekam ke rumah anda. 

Berdasarkan pengalaman saya selama bertahun tahun sebagai pembekam, mengunakan mesin bekam untuk bekam di puncak kepala adalah yang terbaik daripada mencukur kerana mesin ini dapat menyedut darah dengan lebih banyak, darah tak melekat kat rambut anda dan kepala anda akan terasa super duper ringan berbanding menggunakan bekam biasa.

Point bekam dikepala ini paling istimewa

Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda bahawa barang siapa berbekam di puncak kepala, maka akan menghilangkan 100 penyakit.

Abu Ubaid menyebutkan dalam kitabnya Garibul Hadits melalui sanad Abdurrahman bin Abi Laila: "Rasulullah melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang".
 

 

 Saya ingin berkongsi point @ titik bekam yang utama yang saya bekam pada pesakit saya. Tetapi ia bergantung pada penyakit dan masalah empunya badan.
 
1. AL AKHDA'AIN :
a) Terletak di sekitar otot-otot (urat leher) kanan dan kiri, di sekitar vena jugularis interna dan di
sekitar otot sternocleidomastoideus.
b) Merupakan pusat kegiatan dan perjalanan dari usus kecil dan besar.
c) Berperanan dalam penyembuhan dan pergubatan sakit leher, leher ngilu, tinnitus, selsema, pipi bengkak, mencegah sakit kepala, sakit wajah, sakit gigi, sakit telinga, hidung, sakit kerongkong dan lain-lain.

 
2. ILTIWA'
a) Terletak di bawah mata kaki bahagian dalam (malleolus medialis), antara malleolus medialis
dengan tulang tumit (calcaneus)
b) Merupakan pusat pperjalanan organ ginjal
c) Berperan dalam penyembuhan dan pengubatan tinnitus, hemoptisis, gangguan haid, insomnia, ejakulasi pramatang, masalah saraf, ginjal, bronkietasis, pinggul , gangguan kencing dan lain lain.

 
3. AL KAHIL
a) Terletak di sekitar tulang leher belakang (processus spinosus vertebrae VII), antara
bahu (acromion) kanan dan kiri.
b) Merupakan titik pertemuan dan perjalanan organ pundi, empedu, lambung, usus halus, usus
besar, pundi kencing dan tripemanas.
c) Berperanan dalam penyembuhan dan pengubatan nyeri leher, demam, epilepsi, batuk, selsema, asma, punggung kebas dan lain-lain.
d) Anas bin Malik berkata: " Rasulullah SAW. pernah dibekam di al akhda'ain dan al kahil" (HR.
At Tirmidzi, Abu Dawud, Hakim dan Ahmad).

 
4. HAMMAH ('Alaa Ro'sun)
a) Merupakan titik paling atas kepala, terletak di tulang ubun-ubun (osparetale) bagian depan,
iaitu terletak di titik pertemuan antara batas rambut bagian belakang dengan batas rambut
bagian depan.
b) Berperan dalam pengobatan sakit kepala, pening, vertigo, migrain, gangguan penglihatan,
menghilangkan pengaruh sihir, stroke dan lain-lain.

 

5. YAFUKH
a) Terletak di titik pertemuan tulang tengkorak depan dan belakang, yaitu antara tulang ubun-ubun
(os parietale) dan tulang dahi (os frontale).
b) Pada kanak-kanak, waktu pembekaman tidak boleh dikeluarkan darahnya, kerana umumnya
pertemuan antara kedua tulang tersebut belum menutup sempurna.
c) Berperan dalam pengobatan epilepsi, vertigo, sakit kepala, gangguan penglihatan, rinorhea,
kejang dan lain-lain.

 
6. AL KATIFAIN
Kedua bahu. Berfaedah untuk mengubati penyakit penyakit leher. (Nabi SAW
melakukan bekam pada kedua bahu waktu diberi makanan daging kambing yang diletak
racun oleh orang Yahudi.

 
7. 'ALA WARIK
Berguna untuk sakit sengal-sengal, lower back pain (Dari Jabir RA, bahwa Rasulullah SAW pernah
melakukan bekam pada pinggulnya karena penyakit sengal-sengal yang dideritanya (HR. An-
Nasai, Ibnu Majah).

 
8. QAMAHDUAH
a) Terletak di tulang kepala belakang di sekitar tonjolan tulang
b) Bagian dimana kalu sesorang tidur terlentang maka qamahduah adalah bagian kepala yang
kena pada tanah.
c) Berperan dalam penyembuhan dan pengubatan sakit kepala belakang, pening, kurang pendengaran, sukar bercakap, schizophrenia,
epilepsi, sakit leher, pening, vertigo dan lain-lain.

 
9. PELIPIS DAN DAGU
Berguna untuk mengubati pening pada kepala, mengubati sakit gigi dan sakit pada bahagian
wajah, mengubati sakit kerongkongan/batuk. (Dari Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW pernah
melakukan bekam sebanyak 3 kali pada kedua pelipisnya.

10. BAHAGIAN PUNGGUNG KAKI
Berguna untuk menghilangkan kutil yang tumbuh di kedua paha, betis, serta tulang
kering. Menghentikan keluarnya darah haid dan gatal-gatal pada buah testis (kantung kemaluan
laki-laki) dan saraf.

 
11. DI BAWAH DADA DI ATAS PERUT
Berguna untuk menyembuhkan bisul-bisul, kurap/kudis dan panau yang ada di paha, menyembuhkan
kaki yang sering nyeri, mengubati buasir, mengubati penyakit kaki bengkak (elephantiasis),
menghilangkan gatal-gatal pada bahagian punggung.

 
12. 'ALA DZOHRIL QODAMI
Terletak di bagian kaki belakang di bawah lekukan lutut. Berguna untuk menghilangkan keletihan
pada bagian kaki.

 
13. UMU MUGITS
a) Terletak di tulang tengkorak di bagian atas agak ke belakang. Tepatnya di tulang ubun-ubun, di
2/3 bagian depan.
b) Apabila kepala dan batas rambut bagian belakang ke batas rambut bagian depan dibahagi menjadi
12 bahagian, maka umu mugits terletak di 7 bagian dari garis batas rambut bagian belakang dan 5
bahagian dari garis batas rambut bagian depan.




Hadis Bekam & Kajian Saintifik

Dari Ashim bin Umar bin Qatadah R.A., dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah R.A. pernah menjenguk al-Muqni’ R.A., dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam, karana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Sesungguhnya terkandung didalamnya kesembuhan’.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim, al-Baihaqi)

Di dalam kitab Tibbun Nabawi oleh Imam Ibnu Qayyim Al- jauzah ada menukilkan satu hadis Nabi S.A.W:
"Sebaik-baik pengubatan yang kamu pergunakan adalah dengan BERBEKAM" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden,penyakit di dalam tubuh berpunca daripada pemakanan yang telah melebihi kadar seimbang, kemudian makanan ini dicernakan di dalam perut. Perut dan Usus kecil pula menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrient di dalam darah.

Sisa buangan daripada proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan. Darah yang mengandungi nutrient atau zat-zat yang berguna tersebut akan mengalir melalui organ-organ seperti hati, paru-paru, jantung, semua kelenjar-kelenjar dan otot, otak, organ pencernaan, ginjal dan organ-organ yang lain dalam tubuh badan. Darah juga akan mengambil bahan buangan dalam dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan organ lain seperti kelenjar peluh untuk membuang bahan buangan keluar dari tubuh badan.

Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan pengumpulan darah bertoksid 3 hingga 4mm di bawah permukaan kulit (epidermis) diseluruh tubuh badan. Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid kaedah yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW ialah dengan BERBEKAM.

Selasa, 12 November 2013

BEKAM Wajah Naikkan Seri



SEBANYAK empat hingga 10 gelas bekam digunakan bagi mengeluarkan darah kotor

 BERBEKAM merupakan proses membuang darah kotor atau dipanggil detoksifikasi (pengeluaran toksin) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.
Tetapi jarang kita mendengar tentang rawatan bekam wajah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenainya.

Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja sudah meninggalkan kesan, inikan pula berbekam wajah.


“Sebenarnya rawatan bekam bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam dan jerawat.

“Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor,” ujarnya.

Tambahnya, pelanggan tidak perlu risau akan kesan parut pada wajah selepas proses pengeluaran darah kotor kerana ia akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas itu.





“Sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu serta rawatan muka menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara bagi melancarkan peredaran darah.

“Toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam angin atau bekam darah.

“Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan pelanggan,” jelasnya yang mengakhiri proses bekam wajah menggunakan minyak gamat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Rawatan bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh singkat iaitu 30 minit. Seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali atau dua minggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara.

“Selain bagus untuk kesihatan, bekam wajah juga dapat membantu menaikkan seri wajah terutamanya pada bakal pengantin.

“Ada juga pelanggan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk mencuba rawatan bekam wajah ini dan alhamdulillah masalah jerawatnya berkurangan sebanyak 50 peratus selepas menjalani dua sesi rawatan.


KESAN lebam pada muka akibat berbekam akan hilang dalam masa dua hingga tiga hari.



“Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala,” katanya yang turut melakukan bekam wajah setiap bulan.

Katanya, pelanggan akan dikenakan bayaran RM100 bagi keseluruhan pakej bekam wajah itu.

Pelanggan, Nurul Azmira Daud, 22, memberitahu, masalah jerawatnya yang teruk akibat resdung semakin berkurangan selepas menjalani rawatan bekam wajah.
“Sekadar mahu mencuba selepas diberitahu oleh rakan yang spa ini ada menawarkan perkhidmatan bekam wajah.

“Selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan, saya dapati rasa gatal pada muka sudah berkurangan malah jerawat juga tidak seteruk dahulu.

“Mungkin ramai yang tidak mahu melakukan rawatan ini kerana bimbang akan kesan lebam yang ditinggalkan tetapi kesan itu biasanya hilang dalam masa dua hari,” ujarnya yang menjalani rawatan bekam wajah seminggu sekali.

Tambahnya, sebelum ini, dia tidak pernah menjalani sebarang rawatan untuk memulihkan masalah jerawat, resdung dan migrain yang dialami.
“Rawatan ini ibarat penyembuh kepada saya kerana saya tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di lokasi yang berbeza.

Muka saya terasa lebih ringan dan segar selepas menjalani rawatan ini,” kata pelajar di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur ini.

Artikel dari KOSMO 13/11/2013

Sabtu, 3 November 2012

BEKAM - Khidmat Terbaik & Bersih

Kami menyediakan khidmat terbaik untuk anda, di mana kami:

1) Menggunakan peralatan pakai buang seperti jarum, pisau, sarung tangan dan tisu.
2) Peralatan lain akan direndam di dalam larutan membunuh mikro organisma selama 8 jam minima,
 Seterusnya dikering dan disteril dalam pensteril (Sterilizer).
3) Katil rawatan akan dicuci dengan larutan antiseptik setiap kali selepas rawatan.
4) Lantai dibersihkan dengan larutan antiseptik secara berkala.
5) Pengendali mempunyai kelulusan dan pengetahuan tentang rawatan dan juga keselamatan.

Langkah-langkah pencegahan jangkitan dari bio-hazard mesti mendapat keutamaan di pusat terapi seperti bekam.
Kita sentiasa berusaha sebaik mungkin dengan menambah peralatan dan prosedur untuk menghindarkan atau meminimakan risiko dari jangkitan. Insya Allah.


"Kesembuhan dari Allah swt. Kami berusaha sebaik mungkin untuk anda. Insya Allah". 

Sila buat temujanji untuk kemudahan bersama. Terima kasih. 


 

 

 

BEKAM - Harga Rawatan




Soalan-soalan lazim...

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?

Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam,sebelum datang berbekam hendaklah 2jam perut dalam keadaan kosong.

4) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

5) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

6) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.

7) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh MANDI selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh mandi dengan air suam.

8) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.

 UNTUK MENDAPAT RAWATAN BEKAM DAN URUTAN WANITA

SILA HUBUNGI PN.NINA : 
www.wasap.my/60176811195
www.wasap.my/60176811195
www.wasap.my/60176811195

Rabu, 5 September 2012

BEKAM - Hadis Menganjurkan Bekam


Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

7. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:

"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul)

8. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit"

9. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:

"Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".
(Riwayat at-Tirmizi)
10. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya"
(Diriwayatkan oleh al-Hakim).

11. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah s.a.w. bersabda:

"Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."
(Sunan Abni Majah)

CIRI-CIRI GANGGUAN JIN



Ciri-ciri gangguan jin ini merupakan salah satu cara untuk mendiagnosis sama ada dalam tubuh kita terdapat gangguan jin atau tidak, dan ini merupakan rujukan semata-mata.
 Tanda Gangguan Jin Pada Manusia
1. FIZIKAL
* Kepala terasa pening terasa leher berat atau kaku
* Bahu selalu berat / sengal
* Rasa nyeri, panas atau terasa berat pada bahagian-bahagian tertentu
* Dada sesak atau panas
* Sakit pada perut atau ulu hati
* Gangguan sekitar rahim, prostat, buah pinggang
* Pandangan mata kabur
* Ketika tidur, berdengkur dengan kuat atau gigi bergesel
* Makan-minum berlebihan daripada kebiasaan
* Memiliki kekuatan fizikal yang diluar kemampuan manusia
* Sakit yang sangat pada jam-jam tertentu
* Sakit yang berpindah-pindah
 Tanda Gangguan Jin Pada Manusia
2. PSIKIK
* Mudah dan sering marah / tersinggung
* Bingung, sukar menumpukan perhatian pada pekerjaan
* Kerap bermimpi yang menakutkan
* Kerap bermimpi didatangi binatang buas
* Kerap bermimpi dengan orang yang sama
* Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi
* Bermimpi berada di tempat yang berbau busuk
* Resah, gelisah, takut
* Sukar untuk tidur, banyak tidur
* Malas beraktiviti dalam kebaikan
* Kerap berprasangka buruk, was-was, Mood tidak stabil
* Merasa ada bisikan-bisikan dihati atau telinga
* Pernah atau sering mendengar suara letusan di atas bumbung atau sekitar rumah, khususnya malam hari
* Kerap “meneka” peristiwa yang akan berlaku (menerawang)
* Boleh melihat “sesuatu (makhluk atau benda) yang umunya tidak dapat dilihat oleh orang lain
 Tanda Gangguan Jin Pada Manusia

3. IBADAT
* Sering lupa jumlah rakaat solat
* Terasa berat / mengantuk setiap berzikir atau membaca Al-Quran atau ketika hadir dalam majlis ilmu
* Sering sukar bangun pagi / subuh
* Merasa selalu ada yang mengikuti
* Sering batal ketika berwuduk
* Kerap tidak yakin ketika berwuduk, mandi janabah atau was-was ketika solat
 Tanda Gangguan Jin Pada Manusia
4. AKTIVITI SOSIAL
* “Asmara” rezekinya, sering gagal dalam usaha mencari nafkah (QS. 2:268)
* “Asmara” jodohnya (QS. 2: 102)
* Dijauhi / dibenci rakan-rakannya
 Tanda Gangguan Jin Pada Manusia
5. BARANG ATAU BENDA
* Merosakkan mesin: Kereta, motor, mesin kilang dll
* Memiliki benda bertuah (jimat, susuk, keris, tali pinggang, dll)
* Pokok tidak boleh ditebang

Ahad, 2 September 2012

BEKAM - 93 Penyakit yang Boleh Di Ubati Dengan Berbekam





1. Kegemukan (Obesiti)
2. Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut)
3. Sciatica (Sakit Pinggang)
4. Sakit Perut
5. Sembelit
6. Gangguan Jantung & Lambung
7. Menunrunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Peru
8. Alergi Makanan
9. Sengal Tulang
10. Sesak Nafas
11. Asma
12. Insomnia (Susah Tidur)
13. Cirit Birit
14. Kejang Otot
15. Kencing Manis

16. Gangguan Pundi Empedu dan Hati
17. Menggigil Tanpa Demam
18. Kencing Malam
19. Tonsil
20. Gatal-Gatal (Harsh)
21. Radang Usus Besar
22. Tekanan Jiwa yang Berat (Stress)
23. Gangguan Pundi Empedu
24. Pusingan Haid Tidak Teratur
25. Ginjal
26. Tekanan Darah Tinggi
27. Sakit-sakit Lutut
28. Sakit-sakit Di Kaki
29. Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
30. Gangguan Jiwa
31. Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok)
32. Encok (Gout)
33. Rematoid
34. Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal
35. Menurunnya Daya Tahan Tubuh
36. Sinus
37. Sakit Di Daerah Perut
38. Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk
39. Buasir
40. Penyakit Jantung
41. Mandul
42. Terlalu Banyak Tidur
43. Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
44. Memperbaiki Peredaran Darah
45. Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat
46. Sakit Punggung
47. Sakit Bahu dan Tengkuk
48. Sakit Bahu
49. Badan Kurus
50. Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
51. Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga
52. Jangkitan Kuman
53. Melancarkan Perjalanan Darah
54. Menurunnya Aliran Darah
55. Tingkatkan Daya Ingatan
56. Tingkatkan Konsentrasi
57. Fistula Ani
58. Sakit Pinggang
59. Sakit Punggung
60. Gangguan Pundi Kemih
61. Kaki Kesemutan
62. Tangan Kesemutan
63. Salah Urat
64. Lumpuh Menyeluruh
65. Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit
66. Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
67. Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati
68. Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
69. Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki
70. Dingin Di Telapak Kaki
71. Nervous (Tegang / Gelisah)
72. Tumor Otak
73. Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki
74. Lutut yang Kaku
75. Gangguan Pankreas
76. Kejang-kejang
77. Tidak Boleh Bercakap
78. Penyakit Mata
79. Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak
80. Berhenti Haid
81. Pembekakan Testis
82. Tekanan Darah Rendah
83. Berbagai Penyakit Rahim
84. Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal
85. Keluarnya Cairan Vagina
86. Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45)
87. Untuk Meningkatkan Prodcuktiviti Indung Telur (Kesuburan)
88. Pusing Kerana Mata Lelah
89. Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-Paru
90. Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi
91. Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung
92. Pening Kerana Anemia
93. Pening Kerana Influenza

Ahad, 19 Ogos 2012

BEKAM - Rawatan Bekam dan Urut



Perubatan Rawatan Islam ini juga terbukti ( dengan izin Allah Ta'ala) dapat menyembuhkan dan mencegah penyakit lain seperti:
  • kencing manis, batu karang, gout & darah tinggi
  • Perubatan Islam Rahsia Jin & Syaitan (Alam Jin).
  • Menangkis kejahatan Ilmu Hitam (JENIS SIHIR)/Angkara Jin /sihir Rumahtangga Hancur.
  • Penyakit gila, Barah, Lumpuh (Rihul Akhmar) & Penyembuhan.
  • Santau, Racun & Rawatan.
  • Pukau & Benteng diri.
  • Menyingkap Rahsia Saka & Keturunan.
  • Histeria, Rasuk & Rawatan.
  • Susuk, jenis susuk, Tanda-Tanda & Rawatan.
  • Pagar Rumah & Benteng diri.
  • anak-anak menangis di waktu malam
  • santau
  • susuk
  • pukau
  • anak-anak degil dan tidak mendengar arahan
  • perniagaan / premis yang dishir
  • perbalahan suami-isteri
  • pendarahan yag berterusan (istihadhah)
  • dan segala masalah kejiwaan dan konflik rohani serta fizikal

Ruqyah Syar'iyyah ialah sebuah terapi berlandaskan syarak dengan cara pembacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari Rasullullah SAW melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya,yang dilakukan oleh seorang Muslim baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin,kerasukan,pengaruh sihir,gangguan kejiwaan,berbagai-bagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan tujuan untuk perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu dari gangguan penyakit tersebut.
Pelbagai masalah serta penyakit boleh diubati (dengan izin Allah). 

Rawatan Sihir
Definisi Sihir
Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.


Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan


PERHATIAN:JIKA ANDA ATAU SESIAPAPUN YANG MENGALAMI MASALAH TERKENA SIHIR SEPERTI DI ATAS,SEGERALAH DATANG KE PUSAT RAWATAN WARISAN MUTIARA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN.KAMI AKAN MEMBANTU ANDA!BARAKALLAHU LANA WA LAKUM.AAMIIN

RAWATAN  BEKAM


Salam semua,

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.
Bekam adalah sunnah yang dilupakan oleh ramai umat Islam khususnya, dan penyembuh segala penyakit dengan izin Allah SWT di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.

KEBAIKAN BERBEKAM

-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Merawat resdung, gout, darah tinggi & kencing manis 
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Kebaikan Bekam & Bekam Overhaul

Bekam di kepala : Insya ALLAH mengurangkan migrain

Bekam di badan : Insya ALLAH mengurangkan sakit-sakit badan dan pinggang

Bekam di kaki : Insya ALLAH mengurangkan lengguh2 kaki dan kebas

Bekam di muka : Insya ALLAH mencantikkan wajah kita dan menimbulkan seri.

Larangan Berbekam

Orang tua yang sakit dan uzur serta tiada daya dan upaya,Penderita tekanan darah sangat rendah (dianjurkan minum habbatussauda),sakit kudis yang kronik, pesakit diabetes mellitus, perut wanita yang sedang hamil dan wanita yang sedang haid,Selain itu pesakit leukemia, arlegi kulit serius, orang yang sangat letih / kelaparan / kenyang / kehausan / gugup tidak digalakkan berbekam..


MERAWAT GOUT DENGAN BEKAM



Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout. 

 





Bagi mereka yang menghidapi resdung yang kronik dimana jerawat keluar di permukaan kulit muka dengan banyaknya adalah di galakkan membuat rawatan bekam darah di sekitar muka yang bermasalah, terutamanya pipi, dagu dan dahi. Adakalanya jerawat yang keluar tanpa henti adalah disebabkan mendapan darah kotor di bawah lapisan kulit muka, dan bekam adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk gejala jerawat ini. Kebiasaannya selepas proses bekam tadi wajah pesakit akan lebih nampak bersih dan berseri kerana darah kotor tadi telah di sedut keluar. Bagi pesakit yang mengalami jerawat kronik ini anda di syorkan untuk membuat 3x rawatan setiap minggu, insyaallah anda akan lihat perbezaannya.

 UBAT KENCING TIDAK LAWAS
Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji lobak putih dan batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius.
  
Kami menyediakan khidmat terbaik untuk anda, di mana kami:

1) Menggunakan peralatan pakai buang seperti jarum, pisau, sarung tangan dan tisu.
2) Peralatan lain akan direndam di dalam larutan membunuh mikro organisma selama 8 jam minima,
 Seterusnya dikering dan disteril dalam pensteril (Sterilizer).
3) Katil rawatan akan dicuci dengan larutan antiseptik setiap kali selepas rawatan.
4) Lantai dibersihkan dengan larutan antiseptik secara berkala.
5) Pengendali mempunyai kelulusan dan pengetahuan tentang rawatan dan juga keselamatan.

Langkah-langkah pencegahan jangkitan dari bio-hazard mesti mendapat keutamaan di pusat terapi seperti bekam.
Kita sentiasa berusaha sebaik mungkin dengan menambah peralatan dan prosedur untuk menghindarkan atau meminimakan risiko dari jangkitan. Insya Allah.


"Kesembuhan dari Allah swt. Kami berusaha sebaik mungkin untuk anda. Insya Allah". 
 Sila buat temujanji untuk kemudahan bersama. Terima kasih. 

Soalan-soalan lazim...

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?

Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam,sebelum datang berbekam hendaklah 2 jam perut dalam keadaan kosong.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh mandi selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh mandi.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.