SELAMAT DATANG KE PAKAR BEKAM WANITA MUSLIMAH SEREMBAN
SILA HUBUNGI PUAN NINA 017-6811195 /010-8145667
www.wasap.my/60176811195
www.wasap.my/60176811195
www.wasap.my/60176811195
Mengapa Perlu Melakukan Bekam Sunnah?
Bekam Sunnah (Bekam Darah) adalah sejenis kaedah perubatan dengan cara mengeluarkan darah kotor melalui permukaan kulit. Darah kotor ialah darah yang mengandungitoksid/ toksin, darah beku, oksidan, asid urik, kolestrol, angin, sel darah yang rosak, sel bermutasi, adrenalin berlebihan, kuman, cas/tenaga negatif, unsur Jin/Syaiton dan sebagainya; yang tidak boleh diserap oleh sistem tubuh manusia yang normal. Kebiasaanya, dalam tempoh selepas berbekam; Pesakit akan berasa segar, bertenaga dan badan menjadi ‘ringan’ akibat pengeluaran darah kotor dari badan.
Darah kotor yang tidak dapat ditapis atau disingkirkan oleh sistem tubuh manusia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan; baik secara fizikal mahupun mental seperti mudah merasa lesu, kemurungan, resah, pening, sentiasa merasa kurang sihat, cepat bosan dan mudah pitam. Tubuh akan mudah terkena penyakit seperti influenza sehinggalah kepada penyakit degeneratif seperti strok, darah tinggi, kanser, diabetes; bahkan sehingga kepada penyakit jiwa. Maka, darah kotor perlu dikeluarkan seberapa segera dari tubuh badan. Kita harus mencari pengubatan yang dapat bertindak mengeluarkan darah kotor secara cepat dan efektif agar tubuh tidak lemah dan mudah diserang berbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam darah yang merupakan sejenis preventive medicine (perubatan pencegahan) selain juga curative medicine (penyembuhan).
1. Bahan Bisa - boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
3. Bahan Pedih (melukakan) - yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Simptom-simptom Terkena Santau
Toksid/toksin (bahan kimia) dalam tubuh manusia berasal dari:
- Makanan, minuman, udara dan air yang tercemar.
- Makanan-segera - mengandung zat kimia yang tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, essense, penyedap rasa dan sebagainya.
- Hasil pertanian tercemar seperti pestisida (insektisida, fungisida, herbisida dan lain-lain).
- Tabiat buruk seperti merokok, tidak menjaga kebersihan, makan tidak teratur, makanan tidak seimbang, makanan terlalu masam, terlalu masin, terlalu manis dan sebagainya.
- Ubat-ubatan kimia - mempunyai kesan sampingan merosak organ atau mikroba yang normal dalam tubuh.
Faktor-faktor penyebab darah beku:
- Darah beku yang disebabkan oleh kecederaan sewaktu di dalam rahim atau sewaktu dilahirkan.
- Darah beku yang bersumber dari trauma penderitaan fizikal berpunca dari kecederaan akibat kemalangan, terseliuh, berkelahi, kena cubit, kena tendang, kena rotan dan sebagainya.
- Darah beku akibat perbuatan sendiri seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat, ikat kepala yang berpanjangan dan sebagainya.
- Darah beku yang bersumber dari emosi yang tidak terkawal seperti kemarahan, ketakutan, kesedihan, kesayuan dan kerisauan yang menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang membahayakan metabolisme tubuh.
- Darah beku yang disebabkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit dan pencemaran makanan, minuman, udara, air dan alam sekitar.
Bekam Darah dalam istilah perubatan, juga dikenali sebagai ‘Oxidant Release Therapy’ atau‘Oxidant Drainage Therapy’ atau istilah yang lebih popular adalah‘detoksifikasi’. Cara bekam darah dipercayai lebih efektif dibandingkan dengan cara pemberian ubat antioksidan (ubat kimiawi) yang bertujuan untuk meneutralkan oksidan di dalam tubuh. Jika oksidan dapat dikeluarkan dengan sempurna maka penyumbatan aliran darah ke organ-organ tertentu dalam tubuh dapat diatasi, sehingga fungsi-fungsi fisiologi tubuh kembali normal.
Bekam Sunnah (Bekam Darah) adalah peninggalan Rasulullah SAW yang merupakan PERUBATAN WAHYU. Ianya bukan perubatan alternatif atau hasil daripada kajian, eksperimen ataupun hipotesis manusia seperti kebanyakan perubatan moden pada hari ini. Bekam Sunnah sudah pasti mempunyai hikmah yang luar biasa dari segi khasiatnya; dengan izin dan kehendak dan kuasa Allah SWT jua.
LAGI KELEBIHAN BEKAM SUNNAH (BEKAM DARAH)
Bekam Darah pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali. Sebagai contoh: jika kita berbekam pada titik jantung, hormon berkaitan akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung, jadi jika ada apa-apa berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas secara automatik memperbaiki atau menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.
Bekam Darah pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali. Sebagai contoh: jika kita berbekam pada titik jantung, hormon berkaitan akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung, jadi jika ada apa-apa berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas secara automatik memperbaiki atau menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.
Melalui Bekam Darah, secara tidak langsung juga akan meransang sistem antibodi tubuh. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.
Bekam Darah juga akan dapat mengelakkan buah pinggang, hati, hempedu dan usus ‘bekerja terlampau keras’ di dalam proses menstabil dan menapis darah dari segala toksid/toksin, oksidan, kolestrol dan sebagainya lagi yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh manusia yang normal. Organ-organ tersebut akan dapat berfungsi dengan normal dan terhindar dari kerosakan mahupun serangan penyakit yang tidak diingini.
Kesimpulannya, darah kotor yang telah dikeluarkan dari tubuh akan dapat menjadikan darah lebih bersih, tidak pekat/beku, beroksigen sempurna, sistem pengaliran darah di dalam badan menjadi lebih lancar, organ-organ dalaman menjadi lebih sihat dan dapat berfungsi dengan baik kerana menerima darah yang sihat, penghasilan sel-sel darah yang sihat, darah cair dan saluran darah tidak tersumbat membolehkan jantung dapat mengepam darah dengan baik ke seluruh tubuh badan, penghasilan dan penyebaran hormon yang stabil kepada semua organ tubuh, penghasilan dan penyebaran antibodi yang kuat bagi melawan serangan bakteria dan virus pembawa penyakit, otak dan deria yang cergas, pergerakan fizikal yang cergas dan menghasilkan kesihatan yang maksima kepada seseorang.
DALIL DARI HADIS
Daripada Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah Taala dan mereka telah berkata ‘Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam’ ”. (HR Turmuzi Wa Baihaqi)
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam (hijamah).”(HR Ibnu Majah, Abu Dawud)
Ibnu ‘Abbas RA mengabarkan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam pada bagian kepalanya dalam keadaan beliau sebagai muhrim (orang yang berihram) karena sakit pada sebahagian kepalanya.” (HR Al-Bukhari)
"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara; iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan kay (pembakaran) dengan api; dan sesungguhnya aku melarang umatku dari kay" (Hadis Sohih)
“Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam).”
(Muttafaq ‘alaihi)
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit"
(HR Abu Dawud)
"Berbekam memperkuatkan daya hafaz seseorang dan menambah akal orang yang berakal.” (HR Ibnu Majah)
“Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (HR Ahmad dan Tabrani, Samurah RA)
“Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (HR Ahmad dan Tabrani, Samurah RA)
Simptom-simptom Terkena Gangguan Jin (Sihir, Saka, Lintasan atau A'in)
Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena atau adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka, Lintasan atau A'in):
1. Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
2. Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
3. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
4. Bau nafas yang terlalu busuk
5. Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
6. Bayi kerap menangis
7. Belakang tengkuk / bahu terasa berat
8. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
9. Bermimpi bayi / kanak-kanak
10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
11. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
12.. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
13. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
14. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
16. Darah haid turun lebih dari 15 hari
17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
1. Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
2. Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
3. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
4. Bau nafas yang terlalu busuk
5. Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
6. Bayi kerap menangis
7. Belakang tengkuk / bahu terasa berat
8. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
9. Bermimpi bayi / kanak-kanak
10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
11. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
12.. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
13. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
14. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
16. Darah haid turun lebih dari 15 hari
17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
18. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
19. Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas
21. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
22. Kemurungan yang berpanjangan
23. Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
24. Kerap keguguran
25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
26. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
27. Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
28. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
29. Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
30. Malas mengerjakan Solat dan beribadat
31. Marah secara keterlaluan / panas baran
32. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
33. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
34. Mengantuk bila dengar Al-Quran
35. Mengunyah gigi sewaktu tidur
36. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
37. Mimpi makan
38. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
39. Mimpi apa jua yang menakutkan
40. Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
41. Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
42. Nafsu seks yang melampau / tidak normal
43. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik / premis perniagaan
44. Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
45. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
46. Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
47. Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
48. Sakit bebola mata
49. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
50. Sakit jiwa / mental / gila
51. Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
52. Sakit perut tanpa sebab klinikal
53. Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
54. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
55. Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
56. Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah
57. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
58. Sering pengsan tanpa sebab klinikal
59. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
60. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
61. Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
62. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
63. Suka bangun tidur selepas tengahari
64. Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
65. Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
66. Suka berbuat maksiat
67. Suka melihat diri di dalam cermin
68. Suka menggulung rambut dengan jari
69. Suka mengingati / bercakap tentang perkara-perkara lucah
70. Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
71. Suka melakukan onani / gemar pada pakaian dalam orang lain
71. Suka melakukan onani / gemar pada pakaian dalam orang lain
72. Suka tidur pada siang hari
73. Sukar mendapat jodoh
74. Sukar mendapat zuriat
75. Sukar tidur malam
76. Tanda lebam pada anggota badan
77. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
78. Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
79. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
80. Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
81. Terasa bahu ditepuk dari belakang
82. Terasa terkena renjisan air
83. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat
83. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat
dan sebagainya lagi...
PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakiniuntuk mendapatkan rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius, kronik dan sukar untuk disembuhkan. Wallahua'lam.
Bahaya Santau
Apakah Santau?
Santau (atau dalam bahasa Indonesia disebut ‘Santet’); ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ramuan santau (beracun) tertentu yang didampingi oleh jin dan syaiton. Dalam kebanyakan kes, santau yang dikenakan ke atas mangsa akan membunuh secara perlahan-lahan; di mana mangsa akan menderita kesakitan fizikal yang kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala, kerosakan organ jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, juga gangguan emosi dan/atau sebagainya; dalam tempoh masa yang panjang (berbulan-bulan ke bertahun-tahun) sebelum menemui ajal.
PERHATIAN: Santau juga kadangkala ‘dilepaskan’ secara terbuka dan boleh terkena sesiapa sahaja; atas kehendak amalan sihir berkenaan.
Jenis-jenis Santau:
- Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.
- Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.
- Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
- Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
- Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
1. Bahan Bisa - boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
3. Bahan Pedih (melukakan) - yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Simptom-simptom Terkena Santau
Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).
Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):
1) Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).
2) Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).
3) Demam dan/atau selsema.
4) Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).
5) Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).
6) Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.
7) Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.
8) Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.
9) Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.
10) Sukar tidur malam.
11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.
11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.
Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih) simptom-simptom yang lebih seriussebagaimana berikut:
1) Batuk berdarah.
2) Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.
3) Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
4) Hilang daya tumpuan dan ingatan.
5) Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
6) Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
7) Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.
8) Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.
Merawat Pesakit Santau
1) Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat selalu.
2) Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syar'iyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan Pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).
3) Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau, cendawan, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.
Merawat Kemurungan
Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi peristiwa yang tidak menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian. Kemurungan adalah sesuatu yang biasa berlaku. Dianggarkan sebanyak 30% daripada golongan orang dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih dalam masa hidupnya.
"Yakub menjawab: Sesungguhnya HANYALAH kepada ALLAH aku mengadukan kesusahan dan KESEDIHANKU, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya." (Yusuf: 86)
Tanda dan Gejala
1. Perubahan perasaan
- Kesedihan yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
2. Gangguan terhadap fungsi kognitif
- Berasa putus asa, tidak mempunyai harapan.
- Berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya.
- Fikiran ingin membunuh diri.
- Hilang keseronokan
- Hilang tumpuan
- Hilang minat
3. Tanda Biologi
- Hilang selera makan
- Hilang berat badan
- Gangguan tidur
- Hilang keinginan seksual
- Gangguan kitaran haid
- Cepat lesu.
Komplikasi
Kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih berkemungkinan mengalami kemalangan. Kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri seseorang. Ia mengurangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
Rawatan
Kemurungan boleh dirawat secara berkesan. Terdapat banyak cara rawatan dan gabungan rawatan adalah lebih berkesan. Penilaian menyeluruh oleh doktor adalah perlu sebelum sesuatu diagnosa dibuat dan rawatan dimulakan.
1. Pharmacotherapy
Terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. Ubat-ubatan ini membantu merubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih bersedia menerima lain-lain rawatan.
2. Terapi Psychological
Ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi mengatasi tekanan yang dihadapinya.
3. Terapi Kognitif
Terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang berlaku di sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik terhadap maksud kejadian itu kepadanya dan meminimakan kesan disebalik kejadian itu.
4. Terapi Berkumpulan
Ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yang mempunyai masalah yang sama seperti pesakit yang mengalami kemurungan, duduk bersama berbincang pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah tersebut.
5. Terapi Electro-Convulsive
Cara ini boleh dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dos yang sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan. Ia juga boleh digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam situasi mengancam nyawa atau dalam masa selepasbersalin dimana bayi memerlukan penyusuan dan penjagaan ibu dan bagi pesakit yang tahap pemikiran membunuh diri yang tinggi.
Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.
Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda. Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu pesakit pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Kemurungan.pdf
MAKLUMAN KEPADA PESAKIT KEMURUNGAN:
PAKAR BEKAM WANITA MUSLIMAH memang kerap menerima Pesakit yang mengalami masalah kemurungan, samada wanita mahupun lelaki. Dengan menggunakan Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah (melihat kepada aspek fizikal, minda, rohani, hati dan jiwa) yang terdiri dari gabungan variasi Perubatan Islam, Tradisional, Alternatif, Suplimentari dan Komplimentari; alhamdulillah, ramai yang telah berjaya disembuhkan.
Bagi mencapai kesembuhan sepenuhnya, para Pesakit perlu memberikan kerjasama sebaik mungkin dan menjalani Prosedur Rawatan Penuh secara istiqomah (berterusan), yang kebiasaannya memerlukan antara 3 hingga 5 sesi Rawatan dan Terapi Al-Quran. Antara Teknik Rawatan yang digabungkan dalam prosedur rawatan ini ialah sepertiKaunseling & Analisis, Bacaan Ruqyah Syar'iyah, Zikirullah dan Doa Mustajab; Aliran Tenaga Aura Cahaya (Luaran), Aliran Tenaga Dalaman, Sedutan Cas Negatif, Pemerangkap Cas Negatif, Pewangi Ruqyah Syariyyah, Terapi Aroma, Terapi Cahaya Penyembuhan, Terapi Audio Ruqyah Syar'iyah, Terapi Mandian Ruqyah Syar'iyah dan sebagainya lagi. In shaa Allah.
Walau bagaimanapun, bagi Pesakit yang telah menjadi gila atau mengalami kerosakkan saraf otak, maka rawatan dari pihak Hospital (Perubatan Allopati) adalah amat disyorkan.
Walau bagaimanapun, bagi Pesakit yang telah menjadi gila atau mengalami kerosakkan saraf otak, maka rawatan dari pihak Hospital (Perubatan Allopati) adalah amat disyorkan.
Untuk pengetahuan anda, masalah kemurungan ini; jika tidak diubati dengan segera; berkemungkinan boleh membawa kepada penyakit fizikal yang lebih kronik seperti gila, hilang ingatan, halusinasi, delusi, penyakit jantung, stroke, saraf, darah tinggi, migraine, buah pinggang, penyakit hati, kanser dan sebagainya lagi; di dalam jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang. Dari perspektif Perubatan Islam, masalah kemurungan ini berkemungkinan berasal dari gangguan Syaiton dan Jin yang mengalir di dalam darah seseorang itu dan menganggu fikiran (minda), hati dan jiwanya; sehingga menyebabkan seseorang itu mengalami kesedihan melampau yang berpanjangan (dan boleh membawa kepada gejala membunuh diri). Hanya dengan penggunaan ayat-ayat Al-Quran (berserta Iman, Taqwa dan Istiqomah) sahaja yang mampu menghapuskan segala gangguan Syaiton dan Jin; yang berada di dalam dan di luar tubuh manusia. Wallahu'alam.
"Yakub menjawab: Sesungguhnya HANYALAH kepada ALLAH aku mengadukan kesusahan dan KESEDIHANKU, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya." (Yusuf: 86)
"JANGANLAH kamu bersikap LEMAH, dan janganlah (pula) kamu BERSEDIH HATI, padahal kamulah orang-orang yang paling TINGGI (derajatnya), jika kamu orang-orang yang BERIMAN." (Ali-Imran: 139)
"Dan sungguh akan Kami berikan CUBAAN kepadamu, dengan sedikit KETAKUTAN, kelaparan, kekurangan harta, JIWA dan buah-buahan. Dan berikanlah berita GEMBIRA kepada orang-orang yang SABAR" (Al-Baqarah: 155)
"SYAITON telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka LUPA MENGINGATI ALLAH; mereka itulah golongan syaiton. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaiton itulah golongan yang merugikan." (Al-Mujadilah: 19)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan